Selasa, 8 Disember 2015
Ku hulurkan assalamualaikum untuk menceritakan kisah hidupku yang penuh pancaroba selok belok berduri dengan dugaan hidup yang telah ku lalui sewaktu remaja berumur dalam lingkungan belasan tahun. Bermula dari tingkatan satu, aku seorang yang pendiam dan takut akan sekeliling oleh kerana terkurung dalam rumah dan tidak pernah bergaol dengan remaja sosial di luar sana. Sewaktu ku berada di dalam kelas ataupun di dalam sekolah dan luar sekolah, aku hanya lah seorang pelajar sekolah yang biasa dan tiada keyakinan untuk kecantikkan diri sendiri. Aku mempunyai sahabat yang bernama zila, kami sering bersama kemana saja di dalam sekolah dan datanglah seorang lelaki muncul di dalam kehidupanku. Lelaki itu telah berjaya mencuri hatiku dan akhirnya kami menjadi pasangan kekasih yang paling top dan menjadi bualan ramai di dalam kelas kami oleh kerana boyfriend aku lelaki yang paling handsome. Dia ketua geng dalam ahli kumpulan kawannya dan tidak di sukai ramai perempuan di dalam kelas ku. Datanglah seorang perempuan yang tidak menyenangi kami oleh kerana boyfriend aku kaki perempuan. Pada masa saat dan hari itu aku menjadi seorang perempuan yang berani untuk pertahankan hak sebagai girlfriend nya dan aku mula yakin akan kecantikkan ku. Sikit demi sedikit aku menjadi perempuan yang megah akan kecantikkan ku lalu pakaian aku berubah seperti seorang pelajar perempuan samseng di dalam kelas. Setelah banyak kontroversi yang aku dengar lalu ku membuat keputusan untuk memutuskan hubungan kami. Aku menjadi marah terhadap kelakuan perempuan yang membenci hubungan kami dan seolah aku bersaingan kebenaran dengan perempuan itu. Akhirnya aku terjebak dengan rokok, ponteng kelas,dadah dan bersosial dengan banyak lelaki. Akhirnya diriku rosak dan kelakuan ku seperti lelaki (tomboy) dan ayahku telah membuat keputusan untuk memindahkan ku ke sekolah lain. Sampai sini sahaja kisah yang boleh ku ceritakan di sini. Semoga adik di luar sana janganlah menjadi seperti ku pada zaman dahulu. Sekian.
Langgan:
Catatan (Atom)